Bio Essence Hydra Tri Action Aqua Foamy Cleanser

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal kisah silam yang agak tak best.

Aku dulu2 ada banyak giler jerawat kat muka. Sampai kawan aku cakap jangan sebut perkataan "jerawat" if jerawat naik kat muka. So, dia buat teori tersendiri, kalau ada jerawat tumbuh kat muka, jangan cakap "adoii ada jerawat la pulak!", tapi sebalik nya, berkata la begini "adoii ada sakit bontot la pulak!" adakah sakit bontot itu kurang bahaya? itu aku tidak pasti, yang pasti bontot kat bawah, muka kat atas.

So memikir kan masalah tersebut aku telah mencuba banyakkkk jenama. Finally tercuba produk Bio Essence.


Produk tersebut ternyata berkesan terhadap kulit aku, kulit menampakkan perubahan, jerawat pon dah kurang tumbuh. Namun..namun..namum begitu jerawat still tumbuh lagi..eh kenapa ye? Mahal2 aku beli Bio ess tapi jerawat still tumbuh.


Ada la sedara, cousin2 cakap jangan makan seafood..so aku pon stop makan seafood, but jerawat still tumbuh lagi.


Aku kecewa sangat..wuwuwuwuwu



Pastu aku pon buat teori sendiri, aku cuba stop makan ayam, time lunch hour kat opis, pon aku bawa bekal masak sendiri.


Imbas kembali

Menara Exxon Mobil tingkat 20
December 2007

Sebab aku baru teringat masa aku praktikal kat KL dulu, aku suka sangat makan ayam goreng berempah dan yong tau foo.  Almost everyday i had chicken for lunch. Masa tu memang kulit cam hawaw je, di tambah2 udara kat KL tu tak berapa bersih. Sampai kan satu hari tu aku jumpa doctor minta ubat kurangkan jerawat. Doktor tu bagi ceramah "jangan makan kat luar selalu, derang masak tak bersih" tapi.... masa tu aku terlalu mentah untuk fahami apa maksud doktor itu.



Aku tak peduli nasihat doktor, yang penting doktor dah bagi aku pil antibiotik, yang ternyata berkesan mengurangkan masalah jerawat.



Tapi sejak kebelakangan itu, banyak pula artikel keluar di akhbar2 tempatan malahan luar negara tentang bahayanya pengambilan dan kebergantungan terhadap antibiotik.

Lalu aku pon stop mengambil antibiotik. Jerawat datang lagi pada usia lewat 20an.

Tetapi sejak aku berhenti consume ayam, jerawat dah stop tumbuh...wahhh
ada jugak terbaca dalam blog dia tulis camni:

" Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati2, berikutan kadar hormon gemok yang tinggi pada haiwan itu.... Kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh"

source http://r3xsixth.blogspot.my/

Makanya aku pun berazam mengurangkan pengambilan ayam. Memang ternyata jerawat dah kurang tumbuh,Yeahhh!!

Dengan bantuan produk Bio-essence, kulit menampakkan perubahan positif!

Daily Skin Care Routine

1. Bio essence Deep Exfoliating Gel Royal Jelly with ATP

Sangat bagus untuk buang sel kulit mati dan kotoran.  Balik keje je. Sebelum cuci muka guna cleanser, gosok muka guna ni..rasa bes je..



2. Bio essence Hydra Tri-Action Aqua Foamy Cleanser.


Untuk Cleanser, saya gunakan set Hydra Tri-Action kerana lebih ekonomi..hehe
Tidak di nafikan set Royal Jelly with ATP lebih bagus, but ia nya agak mahal. Kalau nak downgrade boleh la guna set Hydra Tri-Action ni.


3.Bio essence Hydra Tri-Action Aqua Refreshing Toner

Toner pun guna set Hydra Tri-Action



4.Bio essence Hydra Tri-Action Aqua Moisturising Gel

Yang ni paling bes. sbb ia balancekan kekeringan and keminyakan  kulit muka kita.  I means kalau kulit terlalu berminyak tak la muka kita terlalu berminyak...and it works with my complex skin!



5.Bio essence Hydra Tri-Action Aqua Droplet Sleeping Beauty Mask

Untuk malam pula sebelum tido, cuci muka then sapu sleeping mask, Bangun pagi tu memang kulit rasa so supple..wow! tak caya? kesah pulak aku. Takpe la.. tak caya sudah.

Tips membeli belah produk Bio essence:

Hah tengok gamba kat atas tu harga asal kalo tengok betul2 ialah RM 73.00 la kan lebih kurang, masa offer ia akan menjadi serendah RM44.34, sometime penah jugak perasan ia offer RM59.00. So untuk Sleeping Mask ni harga memang agak mahal, jadi beli lah masa Watson tengah buat offer. Jadilah member watson, ada dapat point apa for every purchase, Zaman-zaman inflasi campur GST ni kena la berjimat cermat sikit. Beli masa tengah ada offer barulah pengguna bijak! namanya.

Apabila jerawat dah tak singgah kat muka after like 2 years...haha. Tiba-tiba macam rasa nak kulit flawless macam princess. (Itulah nama nya manusia, tak pernah puas)

Skin Food

For Skin Food pula, dua produk kat bawah ini menjadi pilihan hati.

1. Kinohimitsu Prowhite

Ingredient paling penting yang terkandung di dalam produk ini ialah glutataion (haha eja tak betul), Glutataion itu berasal daripada Ekstrak Torula Yeast. Bahan ini la yang menjadikan kulit bertambah putih sehingga 3 tona....hehe pepandai je.

Ok mitos tentang pengambilan glutataion ini ialah (melalui pembacaan blog2 orang lain) :

A. ia dipercayai menggemukkan badan - bagi aku macam agak betul lah, macam cepat gemok je sejak dua menjak ni..haha tah2 aku yang malas bersenam.

B. ia di percayai mengecutkan rahim - aku memang ada perasan ada beberapa jenama produk yang mengandungi glutataion ni tulis warning camni "tidak sesuai untuk ibu mengandung" atau "dapatkan nasihat doktor...." mesti ada sebab kan kenapa tulis camni.

2. Flavettes Vitamin C 1000mg with Calsium Time Release

Vitamin C pula pilih lah yang time released or buffered released.

Untuk foundation pilihan pula :


Perfect Skin One Shot Cover Stick Foundation

Actually terbeli akibat terpengaruh dengan iklan. Iklan kat IG plak, dah la kita suka layan IG.huhu. Yang best tentang produk ni sbb ada brush kat bontot dia. So senang sangat la kalau nak travel tu. Takde la nak pegang span2 bagai.

Ada dua kod warna, kod 23 adalah lebih gelap, manakala kod 21 lebih cerah. Brush nya adalah dari polyester bukan daripada bulu haiwan.

Cuma foundation agak tidak lekat pada kulit. Maka liquid foundation adalah lebih bagus sebenar nya.

Di sebab kan design nya dalam bentuk stick maka ia nya sangat sesuai untuk orang yang suka travel or selalu on the go!


Tudung hijau - without foundation

Tuding oren - with foundation

Kod 23



Bio Essence Hydra Tri Action Aqua Foamy Cleanser

Source: http://lelamerveilluex.blogspot.com/2013/04/skin-care-lelamerveilleux-style.html

0 Response to "Bio Essence Hydra Tri Action Aqua Foamy Cleanser"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel